FANDOM


Xena

Xena
Maklumat watak
Nama Xena
Jantina Perempuan
Pekerjaan Pelajar sekolah
Sekolah Sekolah Menengah Lawak Kampus
Saudara-mara Guru Disiplin (Ayah)
Kawan Vanness, Guru Disiplin, Anthony (jika diberi hadiah)
Musuh Anthony, Angel Hodoh, Cupid
Penampilan Pertama Lawak Kampus Jilid 1
Xena adalah seorang pelajar perempuan dalam siri Lawak Kampus yang terkenal dengan wajahnya yang hodoh. Dia juga merupakan gadis pujaan Anthony. Ayahnya merupakan seorang guru disiplin di Sekolah Menengah Lawak Kampus.

PenampilanSunting

Xena mempunyai sebuah bibir yang tebal, lubang hidung yang kembang dan ikatan ponytail yang panjang. Dia biasanya memakai pakaian seragam sekolah menengah, iaitu pinafore sekolah berwarna biru muda dengan baju berkolar putih dalamnya, sepasang stokin dan kasut putih.

Semasa melakukan aktiviti senaman, dia memakai baju T-shirt putih dan berseluar pendek hijau tua.

PerwatakanSunting

Dia gila cinta terhadap Vanness dan akan mencuba apa-apa sahaja untuk menawan hati Vanness supaya dia suka terhadapnya walaupun cintanya sering ditolak. Xena juga merupakan anak gadis pujaan ayahnya, seorang guru disiplin di sekolahnya. Ketika kecil, Xena merupakan budak yang comel tetapi menjadi gemuk dan kurang cantik disebabkan ayahnya yang terlalu menambah dietnya ketika membesar.

TriviaSunting

  • Ibunya tidak pernah muncul dalam siri Lawak Kampus.
  • Dia mempunyai ketakutan terhadap mesin penimbang berat.
  • Vanness pernah bermesra dengan Xena dalam Jilid 13.
  • Ia amat pelik kerana dia amat cantik ketika kecil, tetapi amat hodoh ketika besar.
  • Dr. J pernah melihat gambar Anthony yang hodoh dalam fikiran Xena dalam Jilid 19.
  • Xena adalah watak Pari-Pari dalam Lawak Kampus Dimensional Drift.
  • Xena akhirnya "pernah" kuruskan badan dalam Jilid 23 (m/s 019).

GaleriSunting