FANDOM


Keith

Keith
Maklumat
Nama Keith Chong Kah Hwee
Nama Pena Keith
Jantina Lelaki
Pekerjaan Pelukis komik/Kartunis
"Berhenti! Aku tak nak lukis dah! Aku nak pergi melancong!"
—Keith, Lawak Kampus Jilid 29, m/s 121

Keith atau nama sebenarnya, Keith Chong Kah Hwee adalah seorang kartunis dari Gempak Starz yang popular dengan hasil karyanya, Lawak Kampus dan Wasabi.

PembelajaranSunting

Pada tahun 1994, Keith melanjutkan pelajaran dalam bidang grafik di In-House Multimedia College. 6 tahun kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Lim Kok Wing University of Creative Technology dalam bidang Animasi 2D dan kemudian ke Canada's Sheridan College untuk mengambil jurusan animasi 3D.

Setelah kembali ke Malaysia, beliau menyertai Art Square Creation Sdn Bhd sebagai pembantu komik. Setahun kemudian, beliau dinaikkan pangkat sebagai lead artist. Komik strip 4 panel 'Lawak Kampus' merupakan kejayaan awalnya dan mendapat sokongan daripada ramai peminat sehingga kini. Lebih 100,000 unit terjual setiap jilid dan mempunyai 611,000 peminat di Facebook. Lawak Kampus juga turut disiarkan dalam majalah China's Comic World Weekly.

PetikanSunting

"Sejak kebelakangan ni asyik nampak gambar orang melancong ke Jepun kat timeline FB... Woi! Jagalah sikit perasaan orang yang tak boleh pergi bercuti ni. Wuu... teringin nak ke Jepun... T_T"
—Keith, Lawak Kampus Jilid 29, kulit depan
"2018 akan jadi tahun yang sangat mencabar! Saya berdoa dan berharap agar saya dan kedua-dua pembantu saya beroleh semangat dan keazaman untuk menempuhnya!!!"
—Keith, Lawak Kampus Jilid 31, kulit depan

GaleriSunting

VideoSunting

Pautan luarSunting