Wikia Lawak Kampus
Advertisement

Yumi adalah kembar Ami dan tuan kepada Si Kucing.

Rupa[]

Yumi mempunyai stail rambut yang serupa dengan Ami tetapi rambutnya kerinting dan menutup bahagian muka kirinya. Dia biasanya memakai pakaian seragam sekolah menengah, iaitu pinafore sekolah berwarna biru muda dengan baju berkolar putih dalamnya, sepasang stokin dan kasut putih. Di dalam kulit buku Jilid 30, Yumi memakai baju tuxedo dengan senapang Nerf di tangannya. Dalam kulit buku Jilid 33, bersama Detektif Vanness, Detektif Froggy dan Detektif Aditas, dia dilihat menjadi detektif dalam pakaian detektif putih bersama berlian manakala Ami dalam pakaian detektif hitam dengan daun terup, oleh itu, mereka digelar "Detektif Ami" dan "Detektif Yumi". Kadangkala, mereka digelar "Detektif Berlian" dan "Detektif Daun Terup". Ramai pembaca percaya mereka dapat menyelesaikan segala kes pelik dan lawak misteri dalam setiap episod. Rambutnya sentiasa kusut dengan beberapa utas terkeluar daripadanya seperti dalam Jilid 11, apabila Yumi resah dengan Internet yang lembap sehingga Si Kucing menaiktarafnya, hanya untuk memburukkan lagi keadaan, Jilid 24 apabila tidak cukup tidur dek kerana kumpulan kucing bertekik, dan Jilid 27 apabila menjadi salah seorang mangsa Dragonite.



Di rumah, Yumi memakai baju t-shirt dan berseluar pendek. Semasa dia meredah hutan, Yumi memakai baju t-shirt putih dan berseluar hijau tua beserta dengan beg khemah berwarna coklat.

Perwatakan[]

Minat Yumi adalah serupa seperti kembarnya, iaitu suka untuk membeli belah dan akan pergi membeli belah bersama-sama dengan Ami. Dia mempunyai hubungan yang mesra dengan Ami walaupun mereka kadang-kadang bergaduh seperti adik-beradik yang lain. Dia dan Ami mempunyai sejenis perhubungan yang aneh, iaitu mereka boleh membaca minda antara satu sama lain. Dia mempunyai haiwan peliharaan yang seekor kucing bernama Si Kucing. Mereka kadang-kadang bergaduh. Tetapi, walaupun mereka bergaduh, dia tetap ada hati untuk menolong Si Kucing.


Yumi kadangkala juga seorang yang kerap marah, terutamanaya terhadap Aditas yang selalu menjadi pengotor, dan Si Kucing yang selalu menyusahkannya. Contohnya, dalam Jilid 27, dia memarahi Si Kucing kerana terhilangkan kunci rumah mereka sehingga terpaksa memanjat bumbung rumah pada waktu malam sementara menunggu kunci ekstra yang ada pada tangan Ami. Begitu juga dengan Bepop yang dahulunya menconteng buku diarinya. Urat merahnya seriing muncul pada akhir setiap grafik. Pada masa yang sama, dia juga seorang yang takut kepada makhluk halus dan ciptaan Dr. J yang pelik. Selain itu, dia juga selalu jatuh sakit. Dalam Jilid 13, dia dan Ami terpaksa ditahan di hospital selama beberapa bulan dan menerima rawatan lanjut di wad mereka selepas keadaan mereka semakin lemah dan kemerosotan sistem imuniti mereka serta dennyutan jantung mereka semakin lemah kerana keracunan makanan serius. Satu jarum disuntik dekat lengan kanan Ami manakala satu lagi diletakkan di lengan kiri Yumi. Dipakaikan ala altar server (tanpa tali berwarna (hijau, merah, kuning, ungu dan putih) yang diikat pada pinggang, biasanya terdapat di gereja di alam nyata), tiada sesiapa pun yang datang ziarah mereka pada waktu itu, membuatkan dia dan Ami berasa keseorangan dan berasa amat sedih terbaring di katil wad. Sementara menunggu kedatangan Bepop, mereka sama menderita selepas disengat oleh sekawan lebah di bahagian muka apabila menerima madu dan bunga daripada Si Beruang. Tujuannya adalah mahu memastikan mereka meninggal dunia, dimasukkan ke dalam keranda, dan dikuburkan. Dalam Jilid 29, Si Kucing memasak makanan kucing untuk dimakan oleh Yumi yang demam teruk. Dalam Jilid 23, Yumi dan Ami menunjukkan sikap samseng mereka apabila mereka bekerjasama menumpaskan seorang pelajar lelaki yang mahu cuba keluar dating dengan mereka.


Dalam Jilid 15, apabila Yumi sedang tidur, Si Kucing dan rakan-rakannya pergi ke biliknya untuk membina sut Iron Man secara senyap-senyap. Akibat tindakan mereka, waktu tidurnya terganggu dan memekik kumpulan kucing itu supaya keluar dari biliknya. Manakala, dalam Jilid 11, dia dan Ami menyangka mesin foto automatik ini dapat mencerahkan gambar mereka. Sebaliknya, apabila mereka memperolehi gambar itu, di tangan Yumi, tengkorak mereka pula diambil gambar, membuatkan mereka terbisu dan takut. Dalam Jilid 12 pula, Yumi didatangi seorang lelaki tidak waras yang mahu bersetubuh dengannya. Panik dan cemas dengan tindakannya, Yumi segera mengeluarkan sebotol minyak wangi atau perfume di tangannya. Khuatir disembur olehnya, lelaki sakit mental itu segera meninggalkannya, takut menjadi pondan' pula.


Yumi juga selalu berfesyen dalam semua jilid. Sebagai contoh, dalam Jilid 10 dan 27, dia dilihat melentikkan bulu matanya dengan eyelasher. Dalam jilid 10 juga, ianya juga digunakan untuk mempertahankan dirinya daripada ancaman Vanness.

Yumi kerap kali membuat lawak bodoh dan lawak sewel yang ada pada dirinya hingga menyebabkan Ami dan Si Kucing bertindak memarahinya kerana mahu cuba membunuh dan memalukan mereka.


Dia turut menunjukkan ekspresi facepalm dalam Jilid 27, apabila Si Kucing memanggil rakannya untuk membaiki kereta Pengetua yang rosak pada waktu malam. Ini menyebabkan Yumi tidak malas tahu tentang mereka.

Trivia[]

  • Yumi kerap muncul dalam siri Lawak Kampus berbanding dengan Ami.
  • Dia, Cikgu Noodle, Pen dan Dr. J kongsi stail rambut yang sama.
  • Dia tidak kisah tentang barang orang lain. Dia hanya kisah pasal barang dia sahaja.
  • Nama dia dan Ami diambil sempena duo rock/pop Jepun, Puffy AmiYumi.
  • Kerana rambut dia dan Ami menutup sebelah muka, mereka disangka Illuminati oleh sesetengah pembaca kerana mereka mata satu.

Galeri[]

Advertisement