Wikia Lawak Kampus
Advertisement

"Aku dah agak suatu hari korang akan buat macam ni dekat aku."
— Froggy, Lawak Kampus Jilid 32, m/s 079


Froggy adalah seekor katak hijau yang baik hati, paling pintar di sekolah (selain daripada Si Genius) dan berada dalam golongan orang kaya. Ramai guru suka akan kepintarannya termasuklah kawan-kawannya sekali (itulah sebabnya kenapa mereka selalu cuba untuk meniru Froggy dalam peperiksaan). 

Kadang-kadang, Froggy juga bersikap nakal dan jahat akibat terpengaruh dengan sikap Vanness, Aditas, Sharkhead, Mickey, Ami, Yumi dan masyarakat sekarang walaupun dia adalah seorang yang baik hati.

Dia mempunyai kebolehan untuk melihat dan berkomunikasi dengan hantu di mana-mana sahaja dia berada. Dengan kebolehan itu, dia boleh memberitahu apa-apa perkara yang akan berlaku pada masa depan.

Rupa[]

Froggy adalah seekor katak hijau. Dia mempunyai sepasang mata yang besar, dua titik bujur berwarna hitam di tengah mukanya dan lidah yang agak panjang. Froggy selalu dilihat memakai baju seragam sekolah. Froggy pernah memakai tali leher pada pakaian seragamnya pada Lawak Kampus Jilid 1.

Trivia[]

  • Tom Cool dan Tony Stuck adalah dua ahli keluarga Froggy yang ditunjukkan dalam Lawak Kampus dan Lawak Kingdom.
  • Pelbagai perkara yang pelik dibuat oleh rakan-rakannya terhadap Froggy kerana dengan penampilannya sebagai seekor katak. Contohnya, Cikgu Noodle memasukkan Froggy dalam acara lompat jauh dengan alasan dia nampak handal dalam acara tersebut (katak sebenar boleh melompat jauh) dan Vanness dan Aditas pernah meminta duit raya daripada haiwan peliharaan Froggy, iaitu seekor katak, memikirkan itu adalah ayah Froggy.
  • Wajah Froggy semasa kecil boleh dilihat dalam Jilid 16.
  • Dalam siri-siri Lawak Kampus yang lepas, Froggy kadang-kadang digantikan oleh orang gajinya untuk keselamatannya.
  • Froggy juga manusia tetapi ia tidak ditunjuk muka.

Galeri[]

Advertisement