Wikia Lawak Kampus
Register
Advertisement

Cikgu Noodle adalah seorang guru yang perasan bahawa dirinya adalah kacak. Dia tidak disukai oleh semua muridnya kerana dengan sikap perasaannya itu dan juga perwatakannya yang sedikit feminin. Selain daripada mukanya yang dikatakan kacak, dia juga sering ingin mendapatkan perhatian daripada kalangan orang lain.

Kadang-kadang, Pengetua beragu-ragu bahawa adakah Cikgu Noodle sesuai untuk dijadikan guru. Cikgu Noodle juga mempunyai saingan sengit dengan seekor penguin bernama Penguin, yang mirip dengannya tetapi lebih bijak dari Cikgu Noodle.

Penampilan

Cikgu Noodle mempunyai rambut hitam yang panjang sehingga menutup mukanya di sebelah kiri dan hidung berbentuk segi tiga. Dia selalu dilihat dengan baju berwarna putih, tali leher hitam dan berseluar hitam.

Perwatakan

Cikgu Noodle merupakan seorang yang selalu menjaga penampilannya. Dia selalu membawa peralatan soleknya ke mana-mana sahaja dia pergi. Perangainya yang suka membeli-belah barang-barang berjenama selalu menjadi penyebab dia menjadi miskin setiap akhir bulan dan tidak mampu membeli makanan; pelajarnya kadang-kadang membantunya dengan memberi makanan. Dia juga suka berkosplay jika dia sempat membuatnya pada masa yang sesuai.

Trivia

  • Dalam buku Jilid 1, namanya adalah Cikgu Nickolus sebelum ditukar kepada Cikgu Noodle.
  • Cikgu Noodle pernah menukar arah rambutnya sekali ke sebelah kanan dan bahagian kanan mukanya boleh dilihat.
  • Dalam Jilid 14, Cikgu Noodle mempunyai seorang sahabat yang menjengkelkan sepertinya iaitu, Beehun.
    • Beehun pernah menggantikan kelas Cikgu Noodle apabila Pengetua mengarahkan Cikgu Noodle untuk mencari orang lain untuk menggantikan kelasnya selain daripada Penguin.
  • Rambut Cikgu Noodle pernah dipotong pendek akibat perbuatan Si Kucing selepas dilanggarnya semasa berjalan (Lawak Kampus Jilid 19 m/s 107).
  • Selain daripada Cikgu Noodle, Penguin, Yumi dan Dr. J berkongsi stail rambut yang sama iaitu rambut mereka menutup separuh daripada muka mereka.
  • Dia mempunyai seorang ibu yang uzur tetapi masih aktif seperti Abang Aditas.
  • Dalam Jilid 28, dia pernah cuba untuk memakan muntahnya semula selepas dia termuntah.
  • Pernah satu kali Cikgu Noodle cuba untuk menyamar dengan memakai sut menyerupai Penguin tetapi gagal.

Galeri

Advertisement