Wikia Lawak Kampus
Advertisement

Ami adalah adik kembar Yumi.

Penampilan[]

Ami mempunyai stail rambut yang serupa dengan Yumi tetapi rambutnya lurus dan menutup bahagian kanan mukanya.

Dia biasanya memakai pakaian seragam sekolah menengah, iaitu pinafore sekolah berwarna biru muda dengan baju berkolar putih dalamnya, sepasang stokin dan kasut putih.

Perwatakan[]

Sama seperti kembarnya, dia suka membeli belah bersama-sama dengan Yumi. Mereka juga kadang-kadang bergaduh sama seperti adik-beradik yang lain. Ami dan Yumi mempunyai sejenis perhubungan yang aneh, iaitu mereka boleh membaca minda antara satu sama lain.

Walaupun dia adalah kembar Yumi, pembaca boleh membezakan antara mereka berdua dengan melihat stail potongan rambut mereka.

Trivia[]

  • Ramai orang selalu tersalah anggap bahawa Ami ialah Yumi kerana dia jarang muncul dalam komik tersebut.
  • Ami mempunyai seekor arnab putih tetapi ia meninggal dunia dalam jilid #14.
  • Selepas jilid #25, Ami tidak lagi mempunyai pengenalan sendiri.
  • Nama dia dan Yumi diambil sempena duo rock/pop Jepun, Puffy AmiYumi, kumpulan rock Jepun.

Galeri[]

Advertisement